Latest News

Bonsai Base Nursery Tebing Tinggi Perlis

Wednesday, July 22, 2009 , Posted by sabalkish at 5:33 PM

Post yang lepas saya ada menyentuh mengenai nursery. Tapi apa yang berlaku, terdapat nursery yang menawarkan base bonsai yang cantik. 4 julai yang lepas saya berkesempatan melawat sebuah nursery yang menawarkan base bonsai disamping jualan pokok lanskap yang lain.

Pak cik Zain, bukanlah orang bagi asing bagi penduduk tempatan Tebing Tinggi di situ. Beliau telah lama menjalankan perniagaan dan rata-rata mengenali Pak cik Zain kerana menawarkan orkid, pokok bunga, pohon lanskap, tanaman herba disamping base bonsai. Jika anda melalui Panggau ke Kuala Perlis, pasti ramai perasan kewujudan nusery ini. Dari pemanduan anda akan tepandang pelbagai pohon menghiasi dada nusery. Dari bogak yang melambai ke bunga kertas yang bewarna warni. Disamping terkenal dengan tanaman beliau, Pakcik Zain juga menawarkan baja organik iaitu, baja tinja cacing ternakan dalam bentuk cecair atau pun kering. Pakcik Zain jugak menyediakan kayu hiasan untuk tanaman orkid. Saya sediakan slide show di atas untuk tontonan semua.

Antara yang menarik hati saya di sini, terdapat pohon jambu yang dijadikan bonsai. Pohon ini di import dari Thailand dan mungkin tiada di Malaysia. Selain itu, pokok bogak yang menarik dan sihat banyak dijual disini. Ini menjadikan nursery ini menjadi semakin unik. Pakcik Zain gemar menjaga kebersihan sekitar dan kekemasan. Tak susah untuk mendapatkan sudut yang cantik dan mencari pohon2 yang dikehendaki. Di luar nurserynya sahaja sudah terdapat raja kertas (bukan wang) bersusun kemas. Pohon ini sedia untuk dibeli dan dijadikan hiasan berkenaan.


Jambu yang dijadikan base bonsai

Bagi yang berminat bolehlah menghubungi En. Zain ditalian 017-5479915.

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment