Latest News

Keputusan Mesyuarat Agung PSBKP 25Julai2009

Posted by sabalkish on Sunday, July 26, 2009 , under | comments (1)



Salam. Keputusan yang dicatat ini bukanlah keputusan rasmi dari PSBKP, dibawah adalah adalah dari nota saya. Saya akan akan mengesahkan dlm masa terdekat.


Pengerusi: En. Hamzah Bin Man
Timbalan Pengerusi: En. Ali Bin Dun
Bendahari: En. Yusri Abdul Rahman

Ahli Jawatan Kuasa:
  • En. M. Azizi Abd. Wahab
  • En. Wan Amirul
  • En Rosli Abu Bakar
  • En. Rizam Ali
  • En. Azhar Bin Ahmad
  • En. Ku Zainuddin Bin Ku Hassan
  • En. Asri Bin Malik
  • En. Abd. Malik Bin Osman
  • En. Fikri
  • En. Asmadi

Mesyuarat Agung Persatuan Seni Bonsai Kedah/Perlis Kali Pertama

Posted by sabalkish on Thursday, July 23, 2009 , under | comments (0)



Dengan ini sukacitanya Persatuan Seni Bonsai Kedah/Perlis menjemput kepada semua ahli-ahli dan yang berminat menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Seni Bonsai Kedah/Perlis kali yang pertama.

Berikut adalah butir-butir berkenaan:

Tarikh: 25 Julai 2009

Hari: Sabtu

Masa : 3.00 Petang

Tempat : Restoran D’Angsana, Simpang Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Bt. 6, Titi Gajah, Alor setar

Antara Agenda Pada Mesyuarat kali ini:

  • - Perlantikan Pengerusi Majlis.
  • - Aluan dari Pengerusi Penaja.
  • - Pembubaran Jawatankuasa Penaja Persatuan Bonsai Kedah/Perlis.
  • - Perlantikan Pengerusi Persatuan Seni Bonsai Kedah/Perlis.
  • - Pemilihan AJK Persatuan. Pengerusi

1. Pengerusi

2. Timbalan Pengerusi

3. Bendahari

4. 10 Jawatankuasa Lain-lain

  • - Perlantikan 2 orang pemeriksa kira-kira
  • - Perlantikan 3 orang Pemegang Amanah
  • - Melantik Penaung Persatuan Seni Bonsai Kedah/Perlis.
  • - Lain-lain hal.

Ahli-ahli digalakan membawa pokok bagi menyerikan majlis. Kepada yang belum mendaftarkan diri dan ingin berbuat demikian bolehlah mengisi borang pada hari tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

En. Ku Zainuddin 012-6732229

En. Hamzah Bin Hj. Man 012-4502991

En. Saifuddin 019-4800116

En. Mohamad Yusri 019-4293004

En. Wan Amirul 019-5741406 ( tuan rumah)

Datanglah beramai-ramai!


Bonsai Base Nursery Tebing Tinggi Perlis

Posted by sabalkish on Wednesday, July 22, 2009 , under | comments (0)



Post yang lepas saya ada menyentuh mengenai nursery. Tapi apa yang berlaku, terdapat nursery yang menawarkan base bonsai yang cantik. 4 julai yang lepas saya berkesempatan melawat sebuah nursery yang menawarkan base bonsai disamping jualan pokok lanskap yang lain.

Pak cik Zain, bukanlah orang bagi asing bagi penduduk tempatan Tebing Tinggi di situ. Beliau telah lama menjalankan perniagaan dan rata-rata mengenali Pak cik Zain kerana menawarkan orkid, pokok bunga, pohon lanskap, tanaman herba disamping base bonsai. Jika anda melalui Panggau ke Kuala Perlis, pasti ramai perasan kewujudan nusery ini. Dari pemanduan anda akan tepandang pelbagai pohon menghiasi dada nusery. Dari bogak yang melambai ke bunga kertas yang bewarna warni. Disamping terkenal dengan tanaman beliau, Pakcik Zain juga menawarkan baja organik iaitu, baja tinja cacing ternakan dalam bentuk cecair atau pun kering. Pakcik Zain jugak menyediakan kayu hiasan untuk tanaman orkid. Saya sediakan slide show di atas untuk tontonan semua.

Antara yang menarik hati saya di sini, terdapat pohon jambu yang dijadikan bonsai. Pohon ini di import dari Thailand dan mungkin tiada di Malaysia. Selain itu, pokok bogak yang menarik dan sihat banyak dijual disini. Ini menjadikan nursery ini menjadi semakin unik. Pakcik Zain gemar menjaga kebersihan sekitar dan kekemasan. Tak susah untuk mendapatkan sudut yang cantik dan mencari pohon2 yang dikehendaki. Di luar nurserynya sahaja sudah terdapat raja kertas (bukan wang) bersusun kemas. Pohon ini sedia untuk dibeli dan dijadikan hiasan berkenaan.


Jambu yang dijadikan base bonsai

Bagi yang berminat bolehlah menghubungi En. Zain ditalian 017-5479915.

PRINSIP DALAM PENGGAYAAN- Part 7

Posted by sabalkish on Friday, July 17, 2009 , under | comments (0)






Gaya Raft (Ikadabuki)
Andai pohon rosak, kadang-kadang dapat hidup oleh kerana terdapat cabang yang sihat dan ke atas. Dengan ini memungkinkan sistem akar lama yang memberikan nutrien yang cukup ke cabang untuk bertahan hidup dan berkembang. Pada akhirnya, akar baru akan mulai tumbuh pada bahagian pohon rosak, dan kemudian segera mengguna fungsi system akar yang lama. Kemudian, cabang-cabang yang lama yang sudah naik akan berkembang karena semakin tinggi pengedaran nutrien. Hasilnya adalah apa yang dikenal sebagai gaya Raft. Gaya ini mirip dengan Yose-Ue dan Ikadabuki,cuma batang yang baru muncul adalah kelibat dari batang yang lama, batang rosak.



Gaya Driftwood (Sharimiki)

Bahagian batang yang akan mulai muncul dari tanah, kemudian menjadi semakin tipis, sebagaimana perjalanan batang ke atas . Bahagian-bahagian yang terkena matahari kemudian menjadi luntur ,dengan sekarang bentuk baru adalah karektor khas di pokok. Dalam pembonsaian, pisau tajam digunakan untuk membuang kulit dan sebagai salah satu cara untuk menpercepatkan proses pemutihan, selain dengan penggunaan calcium sulfate.

PRINSIP DALAM PENGGAYAAN- Part 6

Posted by sabalkish on Thursday, July 16, 2009 , under | comments (0)





Gaya Roots over a Rock (Joju)
Ketika pohon tumbuh di kawasan berbatu, pohon-pohon ini harus mencari tanah dengan menggunakan akar, penggalian ke bawah dalam lubang pada keretakan, di mana tanah terbaik biasanya ditemui. Tanpa perlindungan dan akar yang terbuka, sebelum mencapai tanah mereka harus menemukan salah satu cara untuk mencari perlindungan dari matahari, seperti apa yang dilakukan kulit tumbuhan. Ketika Bonsai yang tumbuh dengan gaya ini, akar akan tumbuh di atas batu yang telah ditambahkan ke dalam pot. Meskipun kelihatan seperti itu, latihan dan mempertahankan gaya ini sebenarnya tidak sulit atau berbeza dari yang lain.



Gaya Growing in a Bed (Ishisuki)
Dengan gaya ini, pohon akan tumbuh di antara lubang dan keretakan batu, membuat akar mempunyai sedikit ruang untuk mengembang dan menyerap untuk nutrisi yang diperlukan. Di alam semulajadi, biasanya pohon-pohon yang tumbuh di antara batu tidak melakukannya dengan baik, bererti mereka harus mempunyai selfdefensive untuk bertahan hidup. Kerana itu, jika anda memilih gaya Bonsai ini, anda perlu sering pastikan untuk membaja dan siraman. Selain itu, anda harus menempatkan batu di dalam pinggan lper di dalam pot, dan mengisinya dengan air atau batu yang baik.

PRINSIP DALAM PENGGAYAAN- Part 5

Posted by sabalkish on Wednesday, July 15, 2009 , under | comments (0)





Gaya Multi-Trunk (Kabudachi)
Sangat mirip dengan Bonsai gaya Double Trunk Gaya (Sokan), cuma gaya Multi-Trunk memiliki tiga atau lebih batang. Selain itu, seperti gaya Double Trunk, tiga atau lebih batang tumbuh dari satu sistem akar. Batang yang semua berkontrib
usi ke satu mahkota dari daun, dengan belukar dan sebagian besar dikembangkan dari pembentukan batang dibahagian atas.

Gaya Forest (Yose-Ue)
Dengan Gaya Forest, anda akan menemukannya sangat mirip dengan Gaya Multi-Trunk. Namun, ada perbezaan dalam gaya ini sebenarnya terdiri dari beberapa pohon. Dalam hal ini, pohon yang paling berkembang akan ditanam di tengah-tengah kawasan pot yang sangat luas dan leper. Kemudian di salah satu sisi, dua atau lebih ditanam pohon yang lebih kecil. Kunci disiplin ini adalah bahawa pohon 'tidak' ditanam dalam satu garisan lurus sahaja, tetapi berperingkat.

PRINSIP DALAM PENGGAYAAN- Part 4

Posted by sabalkish on Tuesday, July 14, 2009 , under | comments (0)






Gaya Windswept (Fukinagashi)
Gaya ini banyak menyentuh bahawa cabang dan batang akan tumbuh hingga satu sisi, sebagai expose hembusan angin yang terus-menerus dalam satu arah. Cabang yang pergi ke arah satu sisi, membuatkan batang pohon akan segera mulai membongkok dalam arah yang sama.


Gaya Double Trunk (Sokan)

Disiplin ini adalah salah satu gaya yang akan anda lihat di alam yang umum, namun tidak dianggap sebagai pilihan umum dalam bentuk seni Bonsai. Biasanya, kedua batang pohon tumbuh dari satu sistem akar, kadang-kadang batang lebih kecil mungkin akan tumbuh dari batang yang lebih besar sejurus tanah pot. Kedua batang umumnya akan berbeza dalam ukuran, ketebalan, dan panjang dengan kentalan dimana dikembangkan batang yang tumbuh tegak dan batang lebih kecil kurang dikembangkan akan menyondong sedikit. Apapun, kedua batang bekerja sama untuk membentuk satu daun mahkota.

PRINSIP DALAM PENGGAYAAN- Part 3

Posted by sabalkish on Sunday, July 12, 2009 , under | comments (0)






Gaya Cascade (Kengai)
Jika anda melihat Bonsai tumbuh liar di Jepun atau China, Anda akan melihat tumbuhan yang tumbuh di tebing curam membongkok jatuh ke bawah batu kerana salji yang berat, dan faktor lainnya. Namun, untuk mempertahankan perkembangan pola ke bawah ini, ia agak mencabar kerana Bonsai akan menentang/melanggar lumrah.
Bonsai gaya ini harus ditanam dalam bekas yang tinggi. Ia akan tumbuh tegak untuk sedikit jarak tetapi kemudian mulai membongkok ke bawah. Mahkota pohon bonsai ini biasanya akan menyulur keluar dari bingkai bekas walaupun setelah bercabang, lantaran itu dari sisi kiri pot, cabang/batang alternatrif akan datang dari batan
g yang berbentuk seperti sebuah "S". Jangan lupa bahwa untuk menjaga keseimbangan pohon, di cabang alternative perlu menjadikan ia horizontal (mendatar).

  • Batang menirus, memanjang ke bawah bekas. Ini seperti kesan impress gravity terhadap pohon.
  • Batang umumnya berputar sedikit, berombak seperti berangin atau berarus. Dari sini, cabang menonjol, membuat tampilan elegan
  • Anda perlu pot yang sempit untuk membantu dengan gaya Cascade, dengan ketepatan jenis tanaman.
  • Porsi Batang utama perlu pewayaran , oleh itu ia akan menurun ke bawah dan menuju ke hujung tebing pot. Ini akan membuat titik fokus utama pada pembongkokan, membuat bentuk sebuah "U" terbalik .
  • Anda harus memelihara keseragaman cabang dan horizontal (mendatar), menjaga mereka ke batang vertical (menegak)
  • Pohon harus diposisikan ke bagian tengah pot, yang benar-benar berbeza dari sebagian besar gaya lain.
Gaya Semi-Cascade (Han-Kengai)

Meskipun mirip dengan Gaya Cascade, Anda akan menemukan gaya ini dia alam semulajadi, tumbuh di jurang atau di daratan dari danau dan sungai. Batang pohon yang akan tumbuh tegak untuk sedikit cara kemudian membongkok bawah. Perbezaan antara yang satu ini gaya dan gaya Cascade adalah bahawa batang tidak akan tumbuh lebih rendah dari bagian bawah pot. Selain itu, crown biasanya di atas tulang pot dengan percabangan terjadi di bawah permukaan pinggir pot.

  • Sangat mirip dengan gaya Cascade, dengan prinsip-prinsip ini, anda tidak akan mengizinkan hujung tumbuh pohon jatuh lebih rendah daripada dasar pot. Bahkan, banyak Semi-Cascade-pohon tidak akan turun ke bawah melebihi paras hujung atas pot.

PRINSIP DALAM PENGGAYAAN- Part 2

Posted by sabalkish on Friday, July 10, 2009 , under | comments (0)



Gaya Slanting / Leaning (Shakkan)

Jika anda memiliki tanaman lain, anda mungkin telah memperhatikan bahwa sisi muka pohon yang terdedah kepada matahari akan menyebabkan cabang bersandar arah. Dengan gaya ini, anda akan melatih Bonsai ke Slanting / Leaning tetapi terlebih dahulu dalam pelatihan praktik yang benar, sudut yang harus antara 60-80 darjah dari tanah. Dengan gaya ini, akar akan berkembang dengan baik di satu sisi, sebagai saranan untuk memelihara kestabilan pohon yang berdiri. Pada sisi yang condong pula, anda akan melihat bahawa akar hampir tidak berkembang. Cabang pertama dari Bonsai akan tumbuh dari arah berlawanan arah pohon yang condong, sebagai salah satu cara untuk menciptakan keseimbangan. Kemudian, batang pohon yang seharusnya hanya sedikit bongkok, atau anda dapat memilih untuk tetap lurus, namun haru diingat, harus kental di bahagian bawah.

  • Meskipun mirip dengan Informal upright, gaya ini memiliki tubuh yang dapat menjadikan ia lurus atau lengkung. Apapun, ia harus pergi ke semua sudut ke kanan atau kiri, dan tidak ke depan.
  • Kemuncak jangan langsung berada dari atas dasar Bonsai
  • Gaya sederhana ini dapat dicapai oleh pendawaian pada batang ke posisi atau dilatih ke sudut.
  • Pohon untuk Gaya ini boleh dipaksa untuk tumbuh menyondong, cukup dengan menempatkan pada pot yang menyenget
  • Nombor tiga adalah relatif terhadap gaya ini. Misalnya, rendahnya cabang harus dikelompokkan dalam perkiraan ketiga ini, mulai dengan batang satu-ketiga. Kemudian, di bawah tiga cabang yang akan mengelilingi batang, dengan dua cabang yang terjadi hanya dengan satu naik lebih tinggi sedikit . Cabang yang ketiga, antara yang marapat dua cabang pertama, yang ditempatkan di satu sudut lain, yang membantu pertumbuhan daun-daun muncul lebih rendah daripada dua lainnya. Dengan pola ini, Anda dapat kembali dari depan dan mengatur komposisi nada.

Gaya informal upright (Moyogi)
Dengan
gaya ini, anda akan menemukan mereka paling umum di kedua alam, natural dan dalam seni Bonsai. Moyogi gaya yang memiliki batang yang tumbuh tegak, membuat "S" shape. Selain itu, dari mana pandangan anda, ada percabangan. Untuk gaya ini, batang yang harus eligen, dan dasar batang harus kental di bahagian dasar daripada bahagian atas. Untuk memenuhi gaya upright, anda perlu memastikan satupertiga dari pandangan batang dapat dilihat dari depan, dari celahan dasar hingga cabang pertama melalui cabang halus. Dalam kebanyakan kes, cabang yang akan di pola tertentu, seperti di bawah ini:

  • Proses ini sangat mirip dengan upright (chokkan) kecuali ia lebih informal.
  • Batang adalah meruncing tetapi posisi cabang dan arah batang yang lebih cenderong berdekatan dan lebih tidak seragam (informal) di mana pohon pertama kali akan dikenakan elemen ini.
  • Biasanya, batang akan ada yang melengkung secara tidak diduga atau secara putaran. Cabang kemudian diposisikan sebagai salah satu cara untuk menyeimbangkan efek ini.
  • Mahkota dari pohon ini sangat penuh, ditutup dengan dedaunan lebat.
  • Meskipun batang adalah informal, mahkota selalu berada di atas pohon langsung dari dasar.
  • Jin, yang merupakan sisa-sisa yang tidak diinginkan diukir atau mati cabang sehingga melihat mereka mati atau lusuh, mereka amat efektif dan sesuai untuk penggayaan ini.

PRINSIP DALAM PENGGAYAAN- Part 1

Posted by sabalkish on Thursday, July 9, 2009 , under | comments (0)



Dalam post ini anda akan melihat, akan memiliki banyak gaya yang terbaik tetapi sukar untuk memilihnya, Anda harus memahami bahawa ada dua dasar gaya. Yang pertama adalah gaya klasik yang disebut "Koten" dan yang kedua adalah sebuah gaya komik informal atau disebut "Bunjin". Dengan gaya yang pertama, Anda akan menemukan bahwa batang pohon yang lebih luas di dasar, meruncing mengarah ke atas, sedangkan yang kedua gaya terdiri dari batang pohon yang kemudian menjadi lebih besar di bahagian atas. Dari dua gaya, gaya yang Bunjin adalah salah satu yang paling sulit untuk menguasai. Selama bertahun-tahun, banyak para Bonsai mencuba sejumlah cara untuk memiliki gaya reclassified ini, termasuklan menciptakan tanaman yang terlatih, subdivision. Namun, pada dasar, anda disini menawarkan sebuah acuan penggayaan yang akan menilai potensi pohon sehingga anda dapat memilih gaya yang terbaik. Salah satu hal penting yang harus dilakukan ketika memilih gaya adalah dengan belajar secara alam semulajadi pohon tumbuh. Seperti pepatah lama, "You can't teach an old dog new tricks", mencuba untuk melatih pohon terhadap sifatnya sangat susah dan hanya akan menyebabkan anda menjadi patah semangat ketika berakhir dengan melihat Bonsai yang buruk. Satu hal penting yang perlu diingat adalah bahwa Bonsai merupakan benda hidup. Kerana itu, Anda harus belajar dan memahami karakteristik seterusnya pohon anda. Sebagai contoh, Conifers tidak dilakukan dengan baik dengan gaya Broom namun cukup luar biasa dengan semua gaya lainnya. Pelajari prinsip-prinsip ini dari Bonsai, Anda akan segera dapat mengambil pohon Bonsai dan melatih menjadi miniatur karya seni yang megah.


Gaya Bonsai
Dalam dua kategori dasar gaya, ada banyak gaya spesifik, kerana anda akan melihat di bawah ini. Anda juga akan melihat beberapa contoh yang paling popular untuk gaya, memberikan perkembangan informasi penting.


Gaya Broom (Hokidachi)
Dengan gaya Broom, batang pohon yang lurus dan tegak lurus, tidak akan terus sampai ke kemuncak. Cabang dari gaya ini akan pergi ke mana-mana, terjadi unjuran ketinggian pohon satu-tiga. Dengan ini, cabang dan daun mulai membentuk sebuah mahkota dalam bentuk bebola yang bagus sekali terlihat pada musim sejuk. Gaya ini sangat sesuai untuk daun pohon yang kerap percabangan.

Gaya Formal Upright (Chokkan)

Gaya ini sangat umum, paling sering terjadi di alam Bonsai yang menandakan terkena cahaya yang banyak dan jika tidak bersaing dengan tanaman lain. Batang pohon yang mengecil dan dapat dilihat. Biasanya, batang akan lebih kental di bahagian bawah sementara berkembang semakin kecil selari dengan ketinggian. Percabangan untuk gaya ini akan segera sekitar sampai satu seperempat panjang yang kemudian batang bahagian atas pohon harus ada satu cabang terbentuk. Akhirnya, jangan biarkan dahan berjauhan antara satu sama lain pada seluruh ketinggian pohon.

  • Cabang pertama dari bahagian bawah akan perlu lebih panjang lagi. Selain itu, perlu dipertegas dalam proporsi(perbandingn) dan dilatih untuk menjadi satu-sepertiga dari total tinggi pohon. Cabang ini adalah paling berat dari cabang lain, membuat sedikit siku.
  • Cabang Kedua akan menjadi lawan cabang pertama dan sedikit lebih tinggi pada batang. Cabang ini naik, akan mengecil, membuat bentuk seperti jagung.
  • Puncak bahagian Bonsai,lebat. Bahkan, sering menjadi tebal yang bercabang ketat dan sukar untuk melihat struktur dalaman yang disebabkan oleh ceracak atau daun.
  • Untuk gaya ini, memiliki sedikit tip lengkukan, condong ke depan. Bergantung pada pohon yang telah dipilih untuk Bonsai, tidak harus simetri. Namun, cabang boleh naik, cukup alternatif pada salah satu sisi.
  • Batang runcing yang sangat khusus dengan gaya ini, biasanya boleh dicapai dengan pemotongan pertumbuhan yang exstrem di bahagian hujung salah satu cabang atau batang. Kemudian, cabang baru yang diwayarkan ke posisi yang sebenar untuk membantu membentuk puncak. Walaupun sukar untuk melakukannya, namun hasilnya amat menakjubkan.

Bonsai 500 tahun di Jeju, Korea

Posted by sabalkish on Wednesday, July 8, 2009 , under | comments (0)



Dari petikan berita harian 8 Julai 2009

POKOK Juniper yang berusia 500 tahun di Taman Bonsai Bunjae Artpia.

Spesies flora tarikan Taman Bunjae Artpia di Korea Selatan


KEGIGIHAN Bum-young Sung membangunkan tanah terbiar di Pulau Jeju, Korea Selatan pada tahun 1960-an sehingga kini menjadikannya taman terkenal, The Spirited Garden (Bunjae Artpia) yang dikunjungi ramai, cukup mengagumkan.

Pengabdiannya kepada satu keyakinan untuk menghasilkan taman bonsai dan batu yang tercantik di Korea Selatan, membuatkan sesiapa yang berkunjung ke taman ini, akan terpesona dengan seni bonsai dan taman yang dihasilkan selepas berpuluh tahun mengusahakannya. Bunjae Artpia Garden, terletak kira-kira 80 kilometer dari pantai Jeju kini dipenuhi lebih 2,000 pokok bonsai dari lebih 100 spesies yang berusia sehingga 500 tahun, koleksi batu selain reka seni taman menarik.

Bertemu dengan Sung, 69, yang cukup mesra melayan kerenah pengunjung yang bertanya pelbagai soalan mengenai tamannya, memperlihatkan petani gigih ini cukup berpuas hati dengan usaha yang sebelum ini dianggap `gila’ oleh penduduk tempatan. Apa tidaknya beliau hanya menggunakan kudrat empat kerat dalam keadaan serba kekurangan untuk membina taman tercantik itu.

Dengan berpakaian petani dan bertopi, Sung sentiasa tersenyum dan menyapa sesiapa saja yang berkunjung ke tamannya yang tersusun rapi, daripada reka letak pokok, batu malah pagar batu yang dibangunkan sendiri dengan mengutip batu gunung berapi bagi menghalang angin kuat pada musim sejuk.

Pokok quince (Cydonia), Christmas berry (Heteromelee arbutifolia) berusia 120 tahun, pokok elm berusia 150 tahun, Lonicera japonica (250 tahun) dan Juniper yang berusia 500 tahun yang dibonzaikan, antara tumbuhan bonsai yang menjadi daya tarikan pengunjung ke taman ini.
Sebelum Bunjae Artpia menempah nama, dunia bonsai dikuasai Jepun walaupun ia sebenarnya berasal dari China. Kira-kira 1,300 tahun lalu, seni bonsai bermula di China dan sampai ke Korea ketika pemerintahan Dinasti Koryo sebelum berkembang di Jepun yang kemudiannya menjadikannya budaya dan industri yang terkenal di seluruh dunia. Dengan kewujudan Bunjae Artpia, Sung berjaya memberi nafas baru kepada industri bonsai di Korea Selatan, malah menjadikannya tumpuan pelancong di seluruh dunia.

Penulis yang berkunjung ke taman itu, atas tajaan kerajaan Korea Selatan sempena Perayaan Ke-20 dan Persidangan Asean-Korea Selatan di Jeju, baru-baru ini, cukup terpesona dengan etika kerja Sung yang begitu tekun dan sabar sehingga mampu menghasilkan taman yang kini menerima lebih kira-kira 300,000 pengunjung setahun.

Reka taman yang cantik dengan dipenuhi pokok bonsai, air terjun buatan dan kolam ikan koi dan ikan emas berwarna warni, akan memakukan mata pengunjung terutama pada musim bunga dan panas. Cuaca dingin pada musim bunga membolehkan pelawat berjalan sambil menghayati keindahan pokok yang dibentuk mengikut kehendak dan cita rasa manusia dan kecantikan seni taman di kawasan seluas 24 hektar itu.

Malah hasil kerja Sung itu, turut dihargai pemimpin dunia mengambil kesempatan berkunjung ke Bunjae Artpia termasuk bekas Presiden China, Jiang Zemin; Presiden China, Hu Jintao; bekas Perdana Menteri Jepun, Yasuhiro Nakasone dan pengunjung kehormat lain dari seluruh dunia.


AIR terjun buatan di Taman Bonsai Bunjae Artpia di Pulau Jeju, Korea Selatan.

Tidak hairanlah ramai yang menganggap taman bonsai milik Sung, adalah taman tercantik di dunia. Malah pandangan Sung diterima pakai oleh kerajaan China bagi pembaharuan ekonomi dan kebudayaan dan dijemput memberi syarahan di negara jiran itu mengenai kaedah taman bonsai dan seni taman.

Sung turut memberi falsafah baru mengenai bonzai yang selama ini dianggap sesetengah pihak sebagai menyeksa atau mendera pokok bagi menghasilkan keindahan . Kalau sebelum ini, Bagi Sung, seni bonsai sama seperti perjalanan kehidupan, yang terpaksa melalui cabaran dan penderitaan bagi menghasilkan keindahan atau kekayaan.

“Menanam pokok bonzai, perlu mengambil kira keadaan fizikal dan semula jadi pokok, umpama memberi karektor kepada manusia. Sama seperti mendidik dan membesarkan anak-anak, yang memerlukan kesabaran dan disiplin bagi menjadikan mereka orang berguna,” katanya.

Bagi Sung, untuk mencapai kejayaan, ia bukan sesuatu yang mudah, ia perlu usaha gigih. Keyakinan dan matlamat, bagi mencapai cita-citanya, ia terpaksa meninggalkan kedai jahit miliknya yang berkembang pesat dan keluarga di Seoul semata-mata untuk ke Pulau Jeju di Semenanjung Korea.

Dengan membeli tanah terbiar yang tidak subur dan tidak mempunyai kemudahan asas elektrik dan bekalan air pada 1968, Sung mengusahakan ternakan babi dan lembu sebelum beralih kepada seni taman bonsai .

Selepas 24 tahun gigih berusaha, pada tahun 1992, Bunjae Artpia dibuka kepada umum, namun krisis ekonomi yang melanda Asia pada 1997 hampir melenyapkan impian Sung untuk menjadikan tamannya kebanggaan Jeju. Tamannya dilelong pada 1998, Sung yang cukup sedih dengan nasib yang menimpa bagaimanapun dengan bantuan dan sokongan peminatnya, dana dihulurkan untuk membolehkan Sung terus menguruskan tamannya.

Bagi penulis, semangat dan cita-cita yang membara di dalam jiwa Sung , seorang petani kerdil adalah satu seni yang akhirnya boleh mengubah kawasan terbiar di kawasan gunung berapi melalui proses jatuh bangun kehidupan kepada satu taman yang indah, harmoni dan membuatkan semua yang berkunjung mengagumi kekuatan jiwa, petani bernama Bum-young Sung.

Bonsai Vs Lanskap Patton

Posted by sabalkish on Sunday, July 5, 2009 , under | comments (3)




Apa bezanya pohon lanskap dan bonsai? Persoalan yang saya kira mampu dijawap pada post kali ini.

Jarang kita akan ketemui nursery yang menyediakan jualan bonsai. Tidak terlintas dalam fikiran akan mencari semaian yang digelar bonsai pada nusery yang terdekat dengan kita. Selalunya apa yang akan terlintas pohon berbunga, jenis-jenis palm dan hiasan lanskap. Di perlis, banyak terdapat nursery yang menjual pohon lanskap yang terdiri dari pada pokok kesinai. Kesinai yang berbentuk begini akan terdapat dari saiz satu ke 4 meter tinggi. Ramai yang mentafsir ia juga adalah bonsai, namun jika dibandingkan dengan makna bon-sai ,”Bon sai merupakan satu himpunan teknik untuk tumbesaran, membentuk, menjaga mengikut bentuk yang dikehendaki dalam saiz yang kecil tetapi pokok masih nampak asli(natural) dan berusia (lama)”- . Namun apa yang terjadi pada pohon lanskap. Pohon ini tidak berupaya dilentur pada bentuk natural, bebola atau leper daun ranting boleh dihasil dari perbagai pohon yang mempunya daun yang lebat, jika di utara apa lagi kalau bukan kesinai. Namun kalau di bahagian tengah dan selatan banyak menggunakan beringin. Lanskap yang sebegini selalunya mempunyai batang yang bulat meninggi, harga bergantung kepada saiz dan kematangan pokok.Pokok ini seakan-akan bentuk chokkan (http://www.bonsaiempire.com/html/style-chokkan.html), namun pucuk nya tidak mempunyai tirus yang baik. Pembelinya selalu tidak mengambil kira tentang expose teras banir, akar, keaslian, dahan, ranting. Asalkan cantik dipandang dan dapat memenuhi ruang halaman, pejabat jalan raya atau taman-taman. Saya mengandaikan, “tidak semua jenis pohon bonsai dapat dijadikan lanskap dan banyak pohon dpt dijaga sebagai bonsai”. Contohnya whang yang dan pokok2 renek yang lain. Lanskap lebih dikormesialkan namun bonsai lebih bersifat ketuanan. Pemilik akan menghasilkan untuk kepuasan sendiri, namun lanskap akan dipamerkan untuk jualan. Cara dipamerkan juga adalah berbeza. Bonsai akan dipot sementara Lanskap kebanyakan akan ditanam diatas tanas.

Semua ini hanya pandangan saya sahaja, jika terdapat sebarang pandangan lain atau pembetulan, sila komen.

Bonsai Dari Alor Redis, Perlis

Posted by sabalkish on Saturday, July 4, 2009 , under | comments (0)





En. Rosli lebih senonim dengan bonsai lagi kalau dipanggil Bang Li. Bang Li merupakan pemain bonsai sejak tahun 2006. Usia permainan yang baru berusia 3 tahun bukanlah pengukur kemampuan Bang Li yang sebenarnya. Dia seperti otai lama. Hujah yang menggamankan diri saya kerana beliau yang sentiasa merendah diri, kesenian beliau dapat diceritakan melalui sentuhan gerak pohon yang membuat saya terpaku melihatnya. Bang Li yang berasal dari simpang 4, dan menetap di Alor redih menyambut kehadiran saya dengan senyuman. Inilah pertemuan pertama kali saya, namun seperti kenalan lama yang sentiasa berbalas ketawa.Beliau yang mudah mesra tidak lokek ilmu semasa sessi interaksi. Kehadiran saya dilambai dengan senyuman, serta salaman pohon2 bonsai yang menghiasi sekitar rumah beliau. Beliau yang juga bergiat dlm pembuatan tiang roman, juga mengambil tempahan kaki pot bonsai darikenalan bonsai. Bagi yang berminat untuk mendapatkan kaki pot bonsai boleh menghubungi beliau. Harga yang ditawarkan mmg berpatutan jauh dari pasaran. Sehingga kini beliau sedang menyiapkan tiang yang diorder dari kedah. Bercerita mengenai bonsai mmg takkan kering idea. Penumpuan beliau dalam bonsai berasal dari suka-suka membawa kepada minat yang mendalam. Begitu banyak koleksi ditunjukkan kepada saya. Bagi Saya yg masih kelabu dalam dunia bonsai, sentiasa teruja dengan setiap yang ditunjukan.


Pohon beringin yang anggun, jemari yg melambai tetamu

Jejawi cascade salah satu koleksi

Salah satu koleksi juniper jin shari

Apa lagi kalau bukan bogak kebanggaan utama di Perlis

Pokok assam atau tamarine

Inilah En. Rosli empunya bonsai



Tiang Pot Bonsai yang turut boleh dipesan kepada Bang Li kita.

Sebenarnya lokasi Bang li kita dngn rumah saya tidaklah jauh, saya pun seperti tidak menduga adanya seorang yang sedang berkarya di kawasan saya. Saya berharap Bang Li kita akan terus mendorong ramai lagi kalangan baru seperti saya kearah sejahtera bonsai. Saya masih mencari-cari lagi rakan bonsai dari perlis dan kedah. Jika anda adalah peminat bonsai dan ingin berkongsi bolehlah hubungi saya.



Pameran Persatuan Seni Bonsai Kedah/Perlis 27 Jun 2009

Posted by sabalkish on Sunday, June 28, 2009 , under | comments (0)










Dengan inisiatif Persatuan Seni Bonsai Kedah/Perlis, akhirnya pameran yang sekian kalinya berjaya diadakan di No. 246, Lorong 3/4 , Taman Mutiara Naga, Kepala Batas Jitra,Kedah Darul Aman iaitu dikediaman salah seorang ahli persatuan, En. Hafizun. Saksikan gambar2 yang diambil, dan nilaikan sendiri. Kecantikan, lengguk yang harmoni dari pelbagai jenis pokok. Lebih 100 pokok telah dipamirkan untuk semua. Untuk download full image click kat sini.

Pertandingan Bonsai Semperna Hari Peladang Perternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis

Posted by sabalkish on Saturday, June 27, 2009 , under | comments (0)



Semperna Hari Peladang Perternak dan Nelayan Peringkat Negeri
Perlis yang berlangsung 24 ~ 27 Jun 2009, terdapat juga pameran
dan pertandingan, termasuklah pertandingan bonsai. Saya
sempat merakam beberapa shot untuk paparan semua.
Namun kualiti imaje tak berapa jelas sebab guna handset. Dua
kategori sahaja dipertandingkan- bunga kertas dan kesinai.