New Blog For Bonsai

Bonsai Itu Indah

Pertandingan Bonsai Hari Peladang Perternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis

Pertandingan Bonsai

Pertandingan Bonsai Hari Peladang Perternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis

Pertandingan Bonsai

Beringin En. Rosli, Alor Redis

Pertandingan Bonsai
Latest News

Keputusan Mesyuarat Agung PSBKP 25Julai2009

Posted by sabalkish on Sunday, July 26, 2009 , under | comments (1)



Salam. Keputusan yang dicatat ini bukanlah keputusan rasmi dari PSBKP, dibawah adalah adalah dari nota saya. Saya akan akan mengesahkan dlm masa terdekat.


Pengerusi: En. Hamzah Bin Man
Timbalan Pengerusi: En. Ali Bin Dun
Bendahari: En. Yusri Abdul Rahman

Ahli Jawatan Kuasa:
  • En. M. Azizi Abd. Wahab
  • En. Wan Amirul
  • En Rosli Abu Bakar
  • En. Rizam Ali
  • En. Azhar Bin Ahmad
  • En. Ku Zainuddin Bin Ku Hassan
  • En. Asri Bin Malik
  • En. Abd. Malik Bin Osman
  • En. Fikri
  • En. Asmadi

Mesyuarat Agung Persatuan Seni Bonsai Kedah/Perlis Kali Pertama

Posted by sabalkish on Thursday, July 23, 2009 , under | comments (0)



Dengan ini sukacitanya Persatuan Seni Bonsai Kedah/Perlis menjemput kepada semua ahli-ahli dan yang berminat menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Seni Bonsai Kedah/Perlis kali yang pertama.

Berikut adalah butir-butir berkenaan:

Tarikh: 25 Julai 2009

Hari: Sabtu

Masa : 3.00 Petang

Tempat : Restoran D’Angsana, Simpang Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Bt. 6, Titi Gajah, Alor setar

Antara Agenda Pada Mesyuarat kali ini:

  • - Perlantikan Pengerusi Majlis.
  • - Aluan dari Pengerusi Penaja.
  • - Pembubaran Jawatankuasa Penaja Persatuan Bonsai Kedah/Perlis.
  • - Perlantikan Pengerusi Persatuan Seni Bonsai Kedah/Perlis.
  • - Pemilihan AJK Persatuan. Pengerusi

1. Pengerusi

2. Timbalan Pengerusi

3. Bendahari

4. 10 Jawatankuasa Lain-lain

  • - Perlantikan 2 orang pemeriksa kira-kira
  • - Perlantikan 3 orang Pemegang Amanah
  • - Melantik Penaung Persatuan Seni Bonsai Kedah/Perlis.
  • - Lain-lain hal.

Ahli-ahli digalakan membawa pokok bagi menyerikan majlis. Kepada yang belum mendaftarkan diri dan ingin berbuat demikian bolehlah mengisi borang pada hari tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada:

En. Ku Zainuddin 012-6732229

En. Hamzah Bin Hj. Man 012-4502991

En. Saifuddin 019-4800116

En. Mohamad Yusri 019-4293004

En. Wan Amirul 019-5741406 ( tuan rumah)

Datanglah beramai-ramai!


Bonsai Base Nursery Tebing Tinggi Perlis

Posted by sabalkish on Wednesday, July 22, 2009 , under | comments (0)



Post yang lepas saya ada menyentuh mengenai nursery. Tapi apa yang berlaku, terdapat nursery yang menawarkan base bonsai yang cantik. 4 julai yang lepas saya berkesempatan melawat sebuah nursery yang menawarkan base bonsai disamping jualan pokok lanskap yang lain.

Pak cik Zain, bukanlah orang bagi asing bagi penduduk tempatan Tebing Tinggi di situ. Beliau telah lama menjalankan perniagaan dan rata-rata mengenali Pak cik Zain kerana menawarkan orkid, pokok bunga, pohon lanskap, tanaman herba disamping base bonsai. Jika anda melalui Panggau ke Kuala Perlis, pasti ramai perasan kewujudan nusery ini. Dari pemanduan anda akan tepandang pelbagai pohon menghiasi dada nusery. Dari bogak yang melambai ke bunga kertas yang bewarna warni. Disamping terkenal dengan tanaman beliau, Pakcik Zain juga menawarkan baja organik iaitu, baja tinja cacing ternakan dalam bentuk cecair atau pun kering. Pakcik Zain jugak menyediakan kayu hiasan untuk tanaman orkid. Saya sediakan slide show di atas untuk tontonan semua.

Antara yang menarik hati saya di sini, terdapat pohon jambu yang dijadikan bonsai. Pohon ini di import dari Thailand dan mungkin tiada di Malaysia. Selain itu, pokok bogak yang menarik dan sihat banyak dijual disini. Ini menjadikan nursery ini menjadi semakin unik. Pakcik Zain gemar menjaga kebersihan sekitar dan kekemasan. Tak susah untuk mendapatkan sudut yang cantik dan mencari pohon2 yang dikehendaki. Di luar nurserynya sahaja sudah terdapat raja kertas (bukan wang) bersusun kemas. Pohon ini sedia untuk dibeli dan dijadikan hiasan berkenaan.


Jambu yang dijadikan base bonsai

Bagi yang berminat bolehlah menghubungi En. Zain ditalian 017-5479915.

PRINSIP DALAM PENGGAYAAN- Part 7

Posted by sabalkish on Friday, July 17, 2009 , under | comments (0)






Gaya Raft (Ikadabuki)
Andai pohon rosak, kadang-kadang dapat hidup oleh kerana terdapat cabang yang sihat dan ke atas. Dengan ini memungkinkan sistem akar lama yang memberikan nutrien yang cukup ke cabang untuk bertahan hidup dan berkembang. Pada akhirnya, akar baru akan mulai tumbuh pada bahagian pohon rosak, dan kemudian segera mengguna fungsi system akar yang lama. Kemudian, cabang-cabang yang lama yang sudah naik akan berkembang karena semakin tinggi pengedaran nutrien. Hasilnya adalah apa yang dikenal sebagai gaya Raft. Gaya ini mirip dengan Yose-Ue dan Ikadabuki,cuma batang yang baru muncul adalah kelibat dari batang yang lama, batang rosak.



Gaya Driftwood (Sharimiki)

Bahagian batang yang akan mulai muncul dari tanah, kemudian menjadi semakin tipis, sebagaimana perjalanan batang ke atas . Bahagian-bahagian yang terkena matahari kemudian menjadi luntur ,dengan sekarang bentuk baru adalah karektor khas di pokok. Dalam pembonsaian, pisau tajam digunakan untuk membuang kulit dan sebagai salah satu cara untuk menpercepatkan proses pemutihan, selain dengan penggunaan calcium sulfate.

PRINSIP DALAM PENGGAYAAN- Part 6

Posted by sabalkish on Thursday, July 16, 2009 , under | comments (0)





Gaya Roots over a Rock (Joju)
Ketika pohon tumbuh di kawasan berbatu, pohon-pohon ini harus mencari tanah dengan menggunakan akar, penggalian ke bawah dalam lubang pada keretakan, di mana tanah terbaik biasanya ditemui. Tanpa perlindungan dan akar yang terbuka, sebelum mencapai tanah mereka harus menemukan salah satu cara untuk mencari perlindungan dari matahari, seperti apa yang dilakukan kulit tumbuhan. Ketika Bonsai yang tumbuh dengan gaya ini, akar akan tumbuh di atas batu yang telah ditambahkan ke dalam pot. Meskipun kelihatan seperti itu, latihan dan mempertahankan gaya ini sebenarnya tidak sulit atau berbeza dari yang lain.



Gaya Growing in a Bed (Ishisuki)
Dengan gaya ini, pohon akan tumbuh di antara lubang dan keretakan batu, membuat akar mempunyai sedikit ruang untuk mengembang dan menyerap untuk nutrisi yang diperlukan. Di alam semulajadi, biasanya pohon-pohon yang tumbuh di antara batu tidak melakukannya dengan baik, bererti mereka harus mempunyai selfdefensive untuk bertahan hidup. Kerana itu, jika anda memilih gaya Bonsai ini, anda perlu sering pastikan untuk membaja dan siraman. Selain itu, anda harus menempatkan batu di dalam pinggan lper di dalam pot, dan mengisinya dengan air atau batu yang baik.

PRINSIP DALAM PENGGAYAAN- Part 5

Posted by sabalkish on Wednesday, July 15, 2009 , under | comments (0)





Gaya Multi-Trunk (Kabudachi)
Sangat mirip dengan Bonsai gaya Double Trunk Gaya (Sokan), cuma gaya Multi-Trunk memiliki tiga atau lebih batang. Selain itu, seperti gaya Double Trunk, tiga atau lebih batang tumbuh dari satu sistem akar. Batang yang semua berkontrib
usi ke satu mahkota dari daun, dengan belukar dan sebagian besar dikembangkan dari pembentukan batang dibahagian atas.

Gaya Forest (Yose-Ue)
Dengan Gaya Forest, anda akan menemukannya sangat mirip dengan Gaya Multi-Trunk. Namun, ada perbezaan dalam gaya ini sebenarnya terdiri dari beberapa pohon. Dalam hal ini, pohon yang paling berkembang akan ditanam di tengah-tengah kawasan pot yang sangat luas dan leper. Kemudian di salah satu sisi, dua atau lebih ditanam pohon yang lebih kecil. Kunci disiplin ini adalah bahawa pohon 'tidak' ditanam dalam satu garisan lurus sahaja, tetapi berperingkat.

PRINSIP DALAM PENGGAYAAN- Part 4

Posted by sabalkish on Tuesday, July 14, 2009 , under | comments (0)






Gaya Windswept (Fukinagashi)
Gaya ini banyak menyentuh bahawa cabang dan batang akan tumbuh hingga satu sisi, sebagai expose hembusan angin yang terus-menerus dalam satu arah. Cabang yang pergi ke arah satu sisi, membuatkan batang pohon akan segera mulai membongkok dalam arah yang sama.


Gaya Double Trunk (Sokan)

Disiplin ini adalah salah satu gaya yang akan anda lihat di alam yang umum, namun tidak dianggap sebagai pilihan umum dalam bentuk seni Bonsai. Biasanya, kedua batang pohon tumbuh dari satu sistem akar, kadang-kadang batang lebih kecil mungkin akan tumbuh dari batang yang lebih besar sejurus tanah pot. Kedua batang umumnya akan berbeza dalam ukuran, ketebalan, dan panjang dengan kentalan dimana dikembangkan batang yang tumbuh tegak dan batang lebih kecil kurang dikembangkan akan menyondong sedikit. Apapun, kedua batang bekerja sama untuk membentuk satu daun mahkota.