Latest News

Bonsai Dari Alor Redis, Perlis

Saturday, July 4, 2009 , Posted by sabalkish at 2:02 PM



En. Rosli lebih senonim dengan bonsai lagi kalau dipanggil Bang Li. Bang Li merupakan pemain bonsai sejak tahun 2006. Usia permainan yang baru berusia 3 tahun bukanlah pengukur kemampuan Bang Li yang sebenarnya. Dia seperti otai lama. Hujah yang menggamankan diri saya kerana beliau yang sentiasa merendah diri, kesenian beliau dapat diceritakan melalui sentuhan gerak pohon yang membuat saya terpaku melihatnya. Bang Li yang berasal dari simpang 4, dan menetap di Alor redih menyambut kehadiran saya dengan senyuman. Inilah pertemuan pertama kali saya, namun seperti kenalan lama yang sentiasa berbalas ketawa.Beliau yang mudah mesra tidak lokek ilmu semasa sessi interaksi. Kehadiran saya dilambai dengan senyuman, serta salaman pohon2 bonsai yang menghiasi sekitar rumah beliau. Beliau yang juga bergiat dlm pembuatan tiang roman, juga mengambil tempahan kaki pot bonsai darikenalan bonsai. Bagi yang berminat untuk mendapatkan kaki pot bonsai boleh menghubungi beliau. Harga yang ditawarkan mmg berpatutan jauh dari pasaran. Sehingga kini beliau sedang menyiapkan tiang yang diorder dari kedah. Bercerita mengenai bonsai mmg takkan kering idea. Penumpuan beliau dalam bonsai berasal dari suka-suka membawa kepada minat yang mendalam. Begitu banyak koleksi ditunjukkan kepada saya. Bagi Saya yg masih kelabu dalam dunia bonsai, sentiasa teruja dengan setiap yang ditunjukan.


Pohon beringin yang anggun, jemari yg melambai tetamu

Jejawi cascade salah satu koleksi

Salah satu koleksi juniper jin shari

Apa lagi kalau bukan bogak kebanggaan utama di Perlis

Pokok assam atau tamarine

Inilah En. Rosli empunya bonsai



Tiang Pot Bonsai yang turut boleh dipesan kepada Bang Li kita.

Sebenarnya lokasi Bang li kita dngn rumah saya tidaklah jauh, saya pun seperti tidak menduga adanya seorang yang sedang berkarya di kawasan saya. Saya berharap Bang Li kita akan terus mendorong ramai lagi kalangan baru seperti saya kearah sejahtera bonsai. Saya masih mencari-cari lagi rakan bonsai dari perlis dan kedah. Jika anda adalah peminat bonsai dan ingin berkongsi bolehlah hubungi saya.



Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment