Bonsai Vs Lanskap Patton
Apa bezanya pohon lanskap dan bonsai? Persoalan yang saya kira mampu dijawap pada post kali ini.
Jarang kita akan ketemui nursery yang menyediakan jualan bonsai. Tidak terlintas dalam fikiran akan mencari semaian yang digelar bonsai pada nusery yang terdekat dengan kita. Selalunya apa yang akan terlintas pohon berbunga, jenis-jenis palm dan hiasan lanskap. Di perlis, banyak terdapat nursery yang menjual pohon lanskap yang terdiri dari pada pokok kesinai. Kesinai yang berbentuk begini akan terdapat dari saiz satu ke 4 meter tinggi. Ramai yang mentafsir ia juga adalah bonsai, namun jika dibandingkan dengan makna bon-sai ,”Bon sai merupakan satu himpunan teknik untuk tumbesaran, membentuk, menjaga mengikut bentuk yang dikehendaki dalam saiz yang kecil tetapi pokok masih nampak asli(natural) dan berusia (lama)”- . Namun apa yang terjadi pada pohon lanskap. Pohon ini tidak berupaya dilentur pada bentuk natural, bebola atau leper daun ranting boleh dihasil dari perbagai pohon yang mempunya daun yang lebat, jika di utara apa lagi kalau bukan kesinai. Namun kalau di bahagian tengah dan selatan banyak menggunakan beringin. Lanskap yang sebegini selalunya mempunyai batang yang bulat meninggi, harga bergantung kepada saiz dan kematangan pokok.Pokok ini seakan-akan bentuk chokkan (http://www.bonsaiempire.com/html/style-chokkan.html), namun pucuk nya tidak mempunyai tirus yang baik. Pembelinya selalu tidak mengambil kira tentang expose teras banir, akar, keaslian, dahan, ranting. Asalkan cantik dipandang dan dapat memenuhi ruang halaman, pejabat jalan raya atau taman-taman. Saya mengandaikan, “tidak semua jenis pohon bonsai dapat dijadikan lanskap dan banyak pohon dpt dijaga sebagai bonsai”. Contohnya whang yang dan pokok2 renek yang lain. Lanskap lebih dikormesialkan namun bonsai lebih bersifat ketuanan. Pemilik akan menghasilkan untuk kepuasan sendiri, namun lanskap akan dipamerkan untuk jualan. Cara dipamerkan juga adalah berbeza. Bonsai akan dipot sementara Lanskap kebanyakan akan ditanam diatas tanas.
Semua ini hanya pandangan saya sahaja, jika terdapat sebarang pandangan lain atau pembetulan, sila komen.
My view, Bonsai apa yg telah anda nyatakan.!Pohon lanskap berdasarkan mirip pokok hiasan yg mungkin ada bentuk naturalnya dan ada yg juga dibentuk ikut citarasa penghasilan individu.
Ada orng ada yang meminati lanskap dan ada yang meminati bonsai. Cuma saya ingin jelaskan apa perbezaanya dari segi penghayatan bonsai. Selalu juga kita dapat lihat dimana pohon ni di gubah menjadi bentuk haiwan atau objek2 tertentu, adakah termasuk bonsai. Mungkin ada fakta2 bonsai yang boleh menidakan lanskap adalah suku sakat bonsai. Minta otai2 jelas kan.
Saya bertemu satu perkataan yang amat hampir sesuai dipadankan dengan lanskap yang menggunakan teknik bonsai. "Bonsai lanskap". En. Jalalludin ada menyesorkan perkataan ini digunakan. Bagi sy kita boleh mengklifikasikan dengan perkataan ini antara bonsai tulen dengan bonsai lanskap.